the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta ditipu sindiket pelaburan

KEPALA BATAS: Seorang petugas sektor kesihatan mengalami kerugian lebih RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial menerima aduan daripada mangsa berusia 58 tahun itu pada Jumaat lepas.

“Mangsa mendakwa terperdaya dalam kes penipuan pelaburan dalam talian selepas melihat iklan pelaburan itu di aplikasi media sosial Facebook pada 10 pagi 20 Dis lepas.

“Mangsa yang berminat untuk menyertai pakej pelaburan yang ditawarkan itu telah membuat beberapa transaksi kemasukan wang ke dalam tujuh akaun bank yang berbeza, yang dijanjikan pulangan sebanyak 500 hingga 800 peratus daripada wang modal dilaburkan,“ katanya dalam kenyataan.

Namun, beliau berkata sehingga kini mangsa belum menerima sebarang pulangan pelaburan sebelum bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu. Polis kini menjalankan siasatan kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu, kes penipuan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings