the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelaksanaan Budi95 lancar dengan operasi stesen minyak terkawal

PUTRAJAYA: Pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 berjalan lancar dengan operasi stesen minyak di seluruh negara dilaporkan baik.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan pemantauan awal menunjukkan keadaan di stesen minyak terutama pada waktu puncak adalah terkawal.

Beliau telah memaklumkan perkembangan pelaksanaan BUDI95 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi panggilan telefon.

“Keadaan lancar di stesen-stesen minyak umumnya termasuk pada waktu puncak berlaku kerana perancangan yang begitu rapi,“ katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri.

Kejayaan terbesar BUDI95 adalah pembelian petrol RON95 dengan pengesahan kad pengenalan atau MyKad dapat dilaksanakan di pam stesen minyak.

Pengesahan MyKad bukan sahaja boleh dibuat di kaunter melalui pembaca kad tetapi juga boleh dilaksanakan di pam minyak secara terus.

Jabatan Pendaftaran Negara telah membantu melakukan naik taraf sistem di terminal stesen minyak melalui kepakaran dan bahagian teknologi maklumat mereka.

Kerajaan membantu 4,000 syarikat minyak seluruhnya untuk pelaksanaan BUDI95.

Pihaknya kini meneliti beberapa isu berbangkit berhubung pelaksanaan BUDI95 khususnya membabitkan beberapa anggota dan pesara polis.

Terdapat sejumlah kecil dalam kalangan anggota polis yang lesen memandu mereka perlu diintegrasikan dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan dan sistem Kementerian Kewangan.

Penjimatan kerajaan hasil pelaksanaan BUDI95 akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif dan pembinaan infrastruktur lain.

Penjimatan itu boleh digunakan untuk membina jambatan, sekolah dan hospital untuk rakyat.

Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter bermula hari ini tanpa mengira tahap pendapatan.

Menerusi BUDI95, setiap rakyat Malaysia diberi kelayakan hingga 300 liter sebulan manakala bagi bukan warganegara pula harga RON95 ditetapkan pada RM2.60 seliter. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings