the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembangunan pusat kecemerlangan teknologi pembuatan kapal di Bagan Datuk diteliti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Cadangan pembangunan Pusat Kecemerlangan Teknologi Pembuatan Kapal di Bagan Datuk, Perak, sedang diteliti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata perkara itu dibincangkan dalam sesi pembentangan khas Cadangan Zon Ekonomi Baharu (Maritim) Bagan Datuk yang merupakan satu langkah strategik untuk memperkasakan industri maritim negara dan melonjakkan keupayaan sektor itu ke tahap lebih tinggi.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata sesi pembentangan berkenaan turut menyentuh peranan penting Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET,) Green Tact Solutions-Hyundai dan Perak Corporation Bhd bagi menjayakan inisiatif tersebut.

Beliau berkata bagi kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan, sebuah pasukan petugas khas turut diwujudkan untuk memantau perkembangan projek itu serta memastikan setiap langkah diambil selaras dengan hala tuju strategik yang ditetapkan.

“Saya yakin, dengan perancangan rapi, kerjasama erat antara industri dan akademik, serta pemantauan yang sistematik, Bagan Datuk bakal muncul sebagai hab maritim baharu yang akan membawa manfaat besar kepada ekonomi negara dan masyarakat setempat. Insya-Allah,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings