the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemilik syarikat warga Bangladesh ditahan rasuah penguat kuasa

KUALA LUMPUR: Pemilik syarikat warga Bangladesh ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket bersekongkol merasuah penguat kuasa bagi membawa masuk rakyat asing ke negara ini menerusi modus operandi counter setting atau laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Kuala Lumpur menerusi Op Pump kira-kira 1.30 tengah hari, semalam.

“Suspek dan beberapa ejen sindiket berkenaan dipercayai telah membayar sejumlah wang rasuah kepada beberapa pegawai di sebuah agensi penguat kuasa antara RM200 hingga RM25,000 sebagai balasan untuk memudahkan kumpulan warga asing melepasi pintu masuk udara negara tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya.

“Wang rasuah berkenaan sebagai balasan bagi melindungi, memudahkan urusan dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang tidak memenuhi syarat serta tidak mengikut prosedur di bawah Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155),“ katanya kepada Bernama.

Beliau berkata suspek telah direman selama tujuh hari hingga 16 Sept ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings