the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemotong rumput maut dihempap pokok tumbang

KOTA KINABALU: Seorang pekerja kontrak maut dihempap pokok tumbang ketika melakukan kerja-kerja memotong rumput berhampiran sebuah sekolah menengah di Tebobon di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas Agustavia Joe Guasi berkata 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba di tempat kejadian pukul 9.26 pagi tadi dan mendapati seorang lelaki berusia 35 tahun dihempap pokok.

Beliau berkata pasukan bomba memotong dahan-dahan pokok menggunakan gergaji untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah himpunan dahan pokok yang tumbang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada 9.52 pagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings