the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pempengaruh media sosial bantu ‘jual’ tarikan Kelantan kepada pelancong

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan menjalin kerjasama dengan hampir 50 pempengaruh media sosial bagi membantu promosi Tahun Melawat Kelantan 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor berkata sebagai anak negeri pempengaruh terlibat boleh bertindak sebagai ‘jurujual’ yang baik membantu memperkenalkan keunikan serta tarikan yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu kepada pelancong.

“Kita perlu jurujual seramai mungkin, supaya maklumat mengenai pelbagai tarikan pelancongan di Kelantan ini dapat diketahui ramai.

“Pempengaruh terlibat boleh menggunakan media sosial mereka seperti TikTok bagi tujuan tersebut,“ katanya semasa sesi bual santai sempena Tahun Melawat Kelantan 2024, di sini malam tadi.

Hadir sama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kelantan Mohd Aidil Afiezi Daud.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata bagi merancakkan Tahun Melawat Kelantan 2024, usaha sedang dijalankan bagi menyambung semula perkhidmatan cabang penerbangan tambang rendah Singapore Airlines, Scoot bagi laluan Kota Bharu-Singapura yang dihentikan sejak pandemik COVID-19.

Kamarudin berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh pihak pengurusan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img