the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pencalonan Nurul Izzah perlu dinilai atas dasar merit – Adam Adli

BUKIT MERTAJAM: Pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden PKR harus dinilai atas dasar merit dan perjuangan peribadi beliau, bukan dari lensa ‘anak kepada presiden parti’, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli menegaskan bahawa tidak wujud sebarang layanan istimewa terhadap Nurul Izzah sepanjang penglibatannya dalam dunia politik.

Beliau turut menggesa akar umbi agar melihat dari segi sumbangan, ketokohan dan sejarah panjang perjuangan politik Nurul Izzah sejak usia remaja.

“Beliau (Nurul Izzah) sendiri memahami maksud berjuang dan tahu bahawa kedudukannya tidak seharusnya dilihat sebagai kelebihan. Ini cabaran yang beliau perlu atasi,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni sebuah keluarga di Kampung Permatang Janggus di sini sempena program Ziarah Kasih MADANI hari ini.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memiliki ciri ketokohan yang menjadi inspirasi kepada golongan muda serta seorang yang mempunyai visi dalam mencorakkan masa depan parti.

Sehubungan itu, beliau melihat pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR bukan sahaja sebagai cabaran kepada kepimpinan sedia ada tetapi juga satu isyarat bahawa akar umbi dan generasi muda dalam parti mahukan kesinambungan perjuangan yang berteraskan integriti, ketelusan dan idealisme.

Nurul Izzah dalam kenyataan hari ini mengesahkan pencalonannya bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu 23 Mei ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings