the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penggunaan sistem digital lancarkan persidangan Dewan – Johari

ALOR SETAR: Penggunaan sistem digital dilihat penting dalam mentransformasikan perjalanan persidangan Dewan Rakyat, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Johari berkata penggunaan sistem digital bagi menguruskan aturan dewan khususnya berkaitan soalan daripada wakil rakyat mampu memudahkan persidangan serta menjimatkan kos.

“Saya pernah menjadi wakil rakyat di Kedah dan apa yang diperkenalkan di negeri ini, soalan-soalan akan dimasukkan secara terus ke dalam sistem, jadi ia lebih cepat. Idea daripada Kedah itu saya bawa dan sepadankan dengan urusan di Parlimen.

“Urusan melibatkan soalan tambahan dan pemberian jawapan semasa persidangan juga menjadi lebih cepat. Kalau zaman dulu mungkin tiga minggu baru dapat jawapan, sekarang ini boleh dapat dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Johari berkata di peringkat DUN, Kedah dan Selangor merupakan antara negeri yang telah menggunakan sistem digital yang boleh dijadikan contoh kepada DUN di negeri lain untuk melancarkan urusan mesyuarat.

Beliau berkata penggunaan sistem digital dalam sidang Parlimen dan DUN menjadi antara topik yang akan dibincangkan pada Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 di Kuching, Sarawak pada 11 hingga 14 Sept ini.

Pada Januari lepas, Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan memaklumkan sistem eHantar merupakan antara usaha terkini Parlimen untuk mendigitalkan urusan dewan serta meningkatkan mutu perbahasan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Melalui sistem itu pertanyaan bagi jawab lisan dan bukan lisan, Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), serta usul Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17 boleh dihantar melalui sistem berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings