the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penghantar makanan maut dirempuh ketika berhenti di lampu isyarat

SEPANG: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya disyaki dilanggar sebuah kereta di lampu isyarat simpang 3 Jalan Taman Mas, Puchong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu, kereta dipandu wanita berusia 39 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar lelaki berusia 27 tahun yang berhenti di lokasi itu.

“Lelaki berkenaan berhenti kerana ketika itu lampu isyarat merah. Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Norhizam berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian, diminta menghubungi bahagian siasatan dan penguatkuasaan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang atau menghubungi Insp Mohamad Fadzil Zaino Abidin di talian 019-6488474.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings