the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengurus syarikat rugi lebih RM700,000 diperdaya pelaburan emas tidak wujud

KUANTAN: Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM766,788 selepas diperdaya untuk menyertai pelaburan emas yang tidak wujud yang ditawarkan di platform Facebook, Februari lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa berkenalan dengan seorang wanita di Facebook pada 6 Feb, sebelum ditawarkan menyertai pelaburan tersebut melalui pautan laman web.

Beliau berkata selepas tertarik dengan janji keuntungan dalam tempoh singkat, lelaki itu melabur RM5,000 pada peringkat awal dan menerima pulangan sekitar RM5,700.

“Lelaki itu kemudiannya membuat 37 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank dari 12 Feb hingga 16 Mac dengan menggunakan wang simpanan, selain meminjam daripada ibunya dan bank,” katanya dalam enyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata pengurus syarikat itu kemudiannya membuat laporan polis apabila dia apabila gagal mendapat kembali modal serta keuntungan dijanjikan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings