the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengurusan TikTok dipanggil ke Bukit Aman esok berikutan isu berita palsu

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Pengurusan tertinggi platform media sosial TikTok dipanggil ke Bukit Aman esok berikutan kelewatan syarikat itu memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu penyabaran berita palsu di platform terbabit.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata isu berkenaan termasuk yang tular baru-baru ini melibatkan hantaran individu yang mendakwa dirinya sebagai pakar bedah dalam kes Zara Qairina Mahathir.

“Pihak TikTok sangat lambat memberikan maklumat kepada PDRM sehingga saya terpaksa menelefon CEO TikTok sendiri Shou Zi Chew untuk maklumkan, perkara ini adalah jenayah yang telah dilakukan dan organisasi anda sangat lambat.”

“Sikap itu tidak boleh kami biarkan dan insya-Allah esok akan ada satu mesyuarat di Bukit Aman disertai Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas persidangan AI Grand Prix 2025 di Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Selain TikTok, Fahmi berkata syarikat induk Facebook iaitu Meta Platforms Inc juga akan dipanggil bagi memberikan penjelasan mengenai penyebaran kandungan tidak bermoral di platform mereka.

Katanya, antara isu dikenal pasti termasuklah penyebaran kandungan berkaitan pedofilia yang dikesan dalam Op Pedo melibatkan kumpulan dalam talian “Geng Budak Sekolah” sebagaimana tular menerusi WhatsApp dan Facebook.

“Kita lihat pihak platform-platform ini mereka tidak mengambil sikap yang serius, jadi proses dialog itu akan diteruskan dan kita akan beri penegasan undang-undang Malaysia yang terpakai kepada mereka dan mereka wajib akur, kami akan panggil setiap platform.”

Ketika menjadi panel sesi dialog khas “Let’s Talk AI Revolution” dalam persidangan AI Grand Prix 2025 berkenaan, Fahmi berkata kerajaan sedang meneliti keperluan mewajibkan pengesahan identiti bagi sebarang transaksi jualan melalui platform media sosial.

Beliau berkata langkah itu bertujuan membendung penyalahgunaan akaun palsu yang sering dikaitkan dengan jenayah penipuan, iklan judi dalam talian dan kandungan “deepfake”.

“Banyak jenayah yang berlaku dalam media sosial, dilakukan oleh pelaku-pelaku yang berselindung di sebalik akaun palsu.”

“Banyak daripada akaun ‘deepfake’, iklan judi, scam dan pedofilia, semuanya ialah akaun palsu.”

“Saya nampak mungkin ada keperluan untuk kerajaan mengambil satu sikap, iaitu kalau hendak jual barang dalam talian, dalam platform-platform mesti ada verifikasi identiti, kalau hendak buat iklan dalam Facebook, mesti ada butiran sebenar, ini yang Facebook enggan lakukan.”

Beliau menambah langkah itu juga telah dilaksanakan Singapura.

Dalam pada itu, Fahmi berkata Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab untuk ASEAN akan diterima pakai secara rasmi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.

Persidangan AI Grand Prix 2025 anjuran IPPTAR berlangsung selama dua hari bermula hari ini menghimpunkan tokoh akademik, pakar industri, penggiat kreatif dan penggubal dasar bagi membincangkan secara mendalam peranan Kecerdasan Buatan dalam membentuk landskap komunikasi, media dan kepimpinan digital negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

MOH plans separate quota for permanent dental, pharmacy officers

The Ministry of Health (MOH) will recommend absorbing contract dental and pharmacy officers into permanent positions for the consideration of the Ministry of Finance and the Cabinet, in an effort to ensure the future and welfare of these groups are safeguarded.

Most Viewed

spot_img