the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing

JASIN: Seorang peniaga lelaki tempatan berdepan tindakan kerana hanya menjual minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyerbu gerai makanan di sebuah medan selera di Merlimau hari ini.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam11 pagi tadi.

Beliau berkata menerusi risikan dan penyamaran serta uji beli yang dijalankan sejak seminggu lepas, peniaga berkenaan didapati tidak menjual minyak peket bersubsidi satu kilogram kepada warga tempatan, sebaliknya hanya menjual kepada warga asing yang membuat tempahan awal.

“Siasatan awal mendapati pemilik premis perniagaan tempat suspek berniaga disyaki milik pasangan warga asing dan perbuatan itu bertujuan untuk membantu warga asing yang tinggal di kawasan berdekatan.

“Kita menemukan 23 peket minyak masak bersubsidi yang disorokkan di premis itu dan siasatan awal sumber bekalan minyak itu diperoleh masih dalam siasatan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings