the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga mengaku tidak bersalah beri keterangan palsu kepada SPRM

KOTA BHARU: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi keterangan palsu mengenai seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang didakwa meminta rasuah antara RM1 juta dan RM2 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abdul Hakimy Zulkifli, 32, didakwa melakukan perbuatan itu ketika percakapannya dirakam di bawah Seksyen 30(8) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM Kelantan pada 12.55 tengah hari 3 Sept tahun lepas mengikut Seksyen 27(1)(a) akta sama.

Mengikut pertuduhan, Abdul Hakimy telah menyatakan bahawa lelaki berusia 78 tahun itu meminta rasuah untuk diberikan kepada empat pegawai dan anggota polis bagi menarik balik laporan sedangkan dia tahu pernyataan tersebut adalah palsu kerana Datuk berkenaan tidak pernah berbuat demikian.

Hakim Dazuki Ali membenarkan Abdul Hakimy diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta melarang tertuduh mengganggu saksi pendakwaan dan menetapkan 24 Mac untuk menyebut semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Nurul Haziqah Tuan Yacob dan Mariah Omar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings