the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga wanita rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan

KUANTAN: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian hampir RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 51 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Beliau berkata pada April lepas, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan mendakwa mangsa terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram.

Mangsa kemudian dirujuk kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan memintanya untuk membuat pemindahan wang bagi mengelakkan dia ditangkap serta membersihkan rekodnya daripada kes jenayah.

“Dalam tempoh 1 Mei hingga 27 Sept, mangsa telah membuat pemindahan wang ke lima akaun berbeza sehingga mengalami kerugian sebanyak RM492,290.

“Mangsa menyedari ditipu apabila suspek tidak mengembalikan semula wangnya dan sumber kewangan adalah duit simpanan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pinjaman daripada rakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya meminta orang ramai supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang mencurigakan di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings