the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peningkatan perdagangan borong, runcit bukti ekosistem ekonomi segar, progresif – Armizan

KANGAR: Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata peningkatan itu turut membuktikan peranan dan tindakan dilaksanakan kementerian berada pada landasan yang betul.

“Peningkatan peratusan prestasi nilai jualan borong dan runcit itu membawa makna bahawa segala tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan yang kita laksanakan berada pada landasan betul.

“Kita bukan hanya menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang ada tetapi kita juga dapat melihat bahawa pasaran menunjukan respon positif,” katanya semasa berucap merasmikan program Jelajah Karnival KPDN peringkat Perlis di sini malam tadi.

Khamis lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan nilai jualan perdagangan borong dan runcit naik 5.2 peratus kepada RM145.7 bilion pada Mac tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata ini adalah disebabkan oleh subsektor perdagangan runcit menokok 7.1 peratus atau RM4.2 bilion kepada RM62.8 bilion.

Dalam pada itu, Armizan menjelaskan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi bukan bermaksud kerajaan memotong atau memansuhkan subsidi sebaliknya bertujuan memastikan ia benar-benar sampai kepada golongan sasar.

Menurut beliau, penyasaran semula subsidi juga akan membolehkan kerajaan meningkatkan jumlah pemberian tunai kepada rakyat.

Armizan berkata kerajaan berpendirian bahawa langkah melaksanakan penyasaran semula subsidi mesti disertai dengan jaminan perlindungan dan bantuan sosial untuk rakyat.

Mengenai program Jelajah Karnival KPDN itu, beliau berkata ia bertujuan ‘merakyatkan’ perkhidmatan dan peranan kementerian selain memberi peluang kepada rakyat memanfaatkan perkhidmatan ditawarkan.

Program Jelajah Karnival KPDN Tahun 2024 yang julung kali diadakan di Perlis itu merupakan pembuka tirai untuk siri jelajah program pembangunan perniagaan yang akan dianjurkan di seluruh negara antaranya Kelantan, Sarawak, Perak, Sabah dan Melaka bermula bulan ini hingga Disember.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Toblerone presents ” The Ultimate Gift “: The Toblerone Crystal Bar crafted by Swarovski

An iconic Swiss chocolate brand meets one of the world's most celebrated names in crystal artistry to bring 'Never Square' to life. Creating something unexpected, something beautiful, and something that gives back: Toblerone today announces The Ultimate Gift.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings