the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyanyi rap Nico meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G, Nico meninggal dunia dalam tidur di Kampung Baru di sini, sekitar 11 malam tadi.

Berita pemergian Nico atau nama sebenarnya Abdul Fashah Abdul Aziz, 52, disahkan anggota kumpulan Nico G, Affa ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Nico tidak sedarkan diri selepas singgah di rumah rakannya di Kampung Baru. Allahyarham tidak bergerak ketika cuba dikejutan.

“Jenazah kini di Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dan menambah punca kematian belum diketahui setakat ini, dengan keluarga mahu menunggu keputusan bedah siasat.

Affa berkata kali terakhir beliau berhubung dengan Allahyarham ialah kira-kira dua bulan lepas, kerana kesibukan kerja dan keluarga masing-masing.

Beliau berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah menyifatkan industri kreatif tanah air kehilangan seorang penyanyi sangat berbakat.

“Seniman amat berdukacita atas pemergian arwah. Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Nico mencipta populariti bersama kumpulan Nico pada awal 1990-an yang turut dibarisi Affa dan Dino dengan antara lagu popular mereka ialah Inilah Nasibku pada 1993.

Trio itu bermula dengan album Buatan Los Angeles disusuli Realiti (1995) dan Alamak! (1996), serta kembali pada 2003 menerusi Ops Kecoh bersama ahli baharu, Ezad.

Selepas lama menyepi, mereka muncul semula dengan nama baharu, Nico G sebagai sebahagian usaha penjenamaan semula kumpulan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings