the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peratusan keluar mengundi PRK Mahkota memuaskan – DAP Johor

JOHOR BAHRU: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu lepas adalah pada tahap memuaskan walaupun sekadar merekodkan 53.84 peratus.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata gerak kerja kempen Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi berjaya menarik masyarakat Cina untuk turut keluar mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya tersebut.

“Sepanjang kempen, kami berjaya meyakinkan ramai pengundi bahawa satu undi untuk calon BN Syed Hussien Syed Abdullah ialah undi untuk Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Malah, pengundi Cina yang kebanyakannya merupakan penyokong PH telah memberikan sokongan padu kepada BN dalam PRK Mahkota,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Liew yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri bagaimanapun berkata pada awalnya PH Johor sedar terdapat kemungkinan peratusan keluar mengundi dalam PRK berkenaan rendah berbanding pilihan raya sebelum ini.

“Anggaran awal ialah pengundi Cina tidak akan keluar mengundi atas beberapa faktor, termasuk marah dan kecewa dengan perbalahan antara Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

“Namun, kami tetap yakin kempen menyeluruh akan dapat memujuk pengundi Cina yang disasarkan mencapai 50 peratus, walaupun ada yang menaruh harapan ia dapat mencapai 55 peratus tetapi itu sukar menjadi kenyataan,“ katanya.

Menurut Liew yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri antara sebab peratusan mengundi kurang ialah pemilih muda tidak pulang menunaikan tanggungjawab mereka kerana bekerja di luar daerah terutamanya di Singapura dan Kuala Lumpur.

“Selain itu, saya sendiri telah menemui beberapa pengundi muda yang tidak tahu mereka berhak mengundi. Ramai antara mereka yang masih tidak menyedari tentang pendaftaran secara automatik pengundi apabila mencapai usia 18 tahun,” katanya.

BN mempertahankan kerusi DUN Mahkota pada PRK itu apabila Syed Hussien yang mewakili Kerajaan Perpaduan memperoleh kemenangan bergaya dengan majoriti besar 20,648 undi, jauh meninggalkan pencabar daripada Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar yang sekadar meraih 7,347 undi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings