the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi – Aaron

KUALA LUMPUR: Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau dalam satu hantaran di laman X hari ini berkata sebagai sebuah negara berbilang bangsa, rakyat mesti sentiasa menjaga kesejahteraan dan keamanan dengan tidak membenarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mengguris perasaan mana-mana pihak.

“Wajib diberikan noktah kepada perbuatan seperti ini,“ katanya sebagai respons kepada satu rakaman video tular di media sosial berkenaan seorang penjaja jagung yang meletakkan makluman berbaur perkauman pada jualannya.

Beliau turut memohon semua lapisan masyarakat untuk menjunjung Rukun Negara sebagai amalan hidup terutamanya prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.

“Kita seharusnya terus memupuk semangat saling menghormati dan memahami dalam kalangan rakyat.

“Saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan negara dengan menghormati perbezaan yang wujud dan mengutamakan perpaduan demi kebaikan bersama,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings