the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan

BUKIT MERTAJAM: Malaysia mempunyai kekuatan dalam industri halal dan ia perlu diperluas melangkaui aspek pensijilan semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.

“Industri halal tidak hanya terhad kepada penyembelihan daging, malah ia turut berkaitan dengan sektor pembuatan, kosmetik dan sebagainya.

“Kita harus memandang serius bagaimana kita boleh angkat supaya kita dapat betul-betul menjadi pusat kegiatan industri halal termasuk kewangan Islam secara menyeluruh mengikut matlamat Maqasid Syariah,“ katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam hal ini, Anwar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan lain termasuk Halal Development Corporation, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) supaya pengertian berkenaan industri ini lebih lengkap dan mantap khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings