PASIR MAS: Permohonan menyertai program aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menunjukkan peningkatan sebanyak 3.75 peratus sejak Januari hingga Jun tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata peningkatan itu sekali gus menangkis persepsi negatif masyarakat bahawa TVET hanya untuk individu tercicir dalam akademik kerana ia mampu menjadi laluan kerjaya pilihan utama belia.

Beliau berkata kerajaan telah membuat pelaburan yang cukup besar dalam menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan untuk memastikan agenda merakyatkan TVET ini dapat direalisasikan.

“Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.

“Belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mempunyai kecenderungan terhadap pedagogi secara teknikal berpeluang menyertai program TVET bermula dari peringkat Sijil, Diploma dan peringkat yang paling tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda MADANI 1.0 di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, di sini, hari ini.

Open Two Websites with Image

Clickable Image