MINA: Arab Saudi memperkenalkan peta interaktif pelbagai bahasa di Masjidil Haram bagi membantu jemaah haji mengakses perkhidmatan penting sepanjang musim haji, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Peta yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi membolehkan pengguna mengesan kemudahan penting seperti stesen air zamzam, pejabat hilang dan jumpa, pusat bantuan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Arab Saudi untuk memanfaatkan teknologi moden dalam memudahkan pelaksanaan ibadah dan meningkatkan pengalaman keseluruhan jemaah.