the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Petronas anugerah kontrak pertama MBR 2025 kepada Dialog, buka potensi hidrokarbon Sabah

KUALA LUMPUR: PETRONAS menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) telah menganugerahkan kontrak perkongsian pengeluaran aset medan kecil (SFA PSC) bagi kluster mutiara di luar pantai Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, PETRONAS berkata kontrak tersebut ditawarkan menerusi bahagiannya, MPM, di bawah Pusingan Bidaan Malaysia 2025 (MBR 2025) yang dilancarkan awal tahun ini.

PETRONAS berkata kontrak itu yang meliputi kawasan sub-blok dalam Lembangan Sandakan, telah dianugerahkan kepada Dialog Resources Sdn Bhd (Dialog), yang akan bertindak sebagai pengendali tunggal dengan 100 peratus kepentingan penyertaan dalam blok itu.

Kluster mutiara, iaitu PSC pertama dianugerahkan di bawah MBR 2025, dijangka memulakan pengeluaran menjelang 2029.

Ia terdiri daripada lima medan, iaitu Nymphe, Nymphe North, Kuda Terbang, Benrinnes dan Mutiara Hitam.

Naib Presiden Kanan MPM Datuk Bacho Pilong berkata anugerah itu mencerminkan peningkatan keyakinan terhadap peluang huluan di Malaysia, dan syarat kompetitif yang ditawarkan di bawah MBR 2025.

“Sebagai pembentuk industri, MPM kekal komited untuk memudahkan perkongsian yang memberi kesan dan pemangkin pelaburan yang bukan sahaja memajukan aspirasi tenaga negara, tetapi juga memartabatkan pembangunan wilayah dengan kerjasama kerajaan Sabah.

“Kami juga berharap dan mengalu-alukan lebih ramai pelabur untuk menyertai Blok SB505, yang ditawarkan dalam MBR 2025 untuk membuka peluang potensi Lembangan Sandakan,” katanya.

PETRONAS turut mengulangi komitmennya untuk memastikan bekalan tenaga yang mampan dan optimum, dengan MPM memainkan peranan penting dalam menguruskan sumber petroleum negara dan menyediakan pengawasan untuk aktiviti petroleum huluan di Malaysia.

Sementara itu, dengan kedudukannya yang strategik di luar pantai timur Sabah, kontrak itu dijangka menjadi pemangkin untuk membuka lebih banyak peluang penerokaan di Lembangan Sandakan.

Ia juga menyokong pembentukan nilai yang lebih luas dan menggalakkan penyertaan tempatan, sejajar dengan aspirasi PETRONAS untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik bagi pelaburan huluan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings