Your Title

JOHOR BAHRU: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas 134 bungkusan arak dan dua tong pati arak seludup bernilai RM213,687 termasuk cukai menerusi tiga serbuan berasingan di Bukit Pasir dekat Muar pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata serbuan pada 6.45 petang itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun.

“Lelaki itu ditahan kerana dipercayai berperanan dalam memproses dan menjual arak-arak tersebut.

“Polis merampas dua buah lori bernilai RM250,000, 134 bungkusan arak serta dua tong pati arak dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM544,227,“ katanya pada kenyataan.

Menurutnya suspek direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.