the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PH Selangor buat laporan polis terhadap ADUN pembangkang berkait hantaran berunsur fitnah

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor pembangkang yang didakwa memuat naik hantaran berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Pengerusi PH Selangor Azli Yusof berkata pihaknya mengecam sekeras-kerasnya fitnah berkenaan yang menyatakan Perdana Menteri menyokong aktiviti atau perilaku yang menderhakai Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Beliau berkata berikutan itu, PH Selangor menyeru pihak berkuasa, khususnya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk melakukan siasatan forensik menyeluruh ke atas akaun media sosial individu terbabit bagi mengenal pasti dalang sebenar yang menyebarkan fitnah berkenaan.

“…. yang lebih mengecewakan kita, hantaran ini dibuat selang sehari selepas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan kebimbangan terhadap cubaan membunuh karakter yang semakin berleluasa.

“Sebab itu kita daripada PH ingin mendidik rakyat untuk kita menyuburkan budaya Rahmah, budaya untuk kita bekerjasama membina negara dan bukan budaya fitnah serta budaya adu domba yang akhirnya akan memporak-perandakan negara,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang turut dihadiri Ketua Penerangan PH Selangor Abbas Salimi Che Adzmi @ Azmi.

Azli yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut menyeru supaya semua pihak, terutamanya pemimpin politik perlu memastikan sebarang kenyataan atau maklumat yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta yang sahih.

“Kita juga akan melakukan laporan polis di setiap kawasan dan juga negeri-negeri bukan sahaja PH tetapi juga Parti Amanah secara keseluruhannya,“ katanya.

Terdahulu laporan itu dibuat Setiausaha Biro Mobilisasi Amanah Selangor Abdul Muhaimin Abu Bakar di IPD Shah Alam hari ini yang mendakwa telah terlihat tangkap layar di beberapa kumpulan perbualan WhatsApp dan media sosial berkait hantaran gambar yang palsu dan berunsur fitnah membabitkan Perdana Menteri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories