the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pindaan Akta 355: Kerajaan selesai libat urus bersama negeri – Mohd Na’im

KLANG: Kerajaan telah selesai mengadakan sesi libat urus bersama negeri-negeri berhubung penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang antara lain melibatkan peningkatan hukuman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata libat urus itu penting memandangkan perkara berkaitan agama Islam merupakan hak negeri-negeri berdasarkan perlembagaan.

“Dalam konteks sekarang mahkamah syariah hanya diberi bidang kuasa di bawah jenayah, boleh mengenakan hukuman yang maksimum iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

“… maknanya undang-undang sedia ada melibatkan kesalahan jenayah syariah seperti menghina agama umpamanya mahkamah tidak boleh mengenakan hukuman lebih dari itu, jadi saya sebagai menteri, kita sedang usahakan untuk menyemak semula akta yang kali terakhir dipinda pada tahun 1984 ini,“ katanya selepas menghadiri Majlis Iftar Jalinan Kasih Yayasan Kita Anak Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Dr Muhammad Akmal Saleh yang mencadangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi Umno supaya membawa usul meningkatkan hukuman terhadap individu yang menghina agama untuk dibentangkan di Parlimen.

Mohd Na’im berkata undang-undang syariah yang hanya terpakai untuk pesalah beragama Islam sedang diperkasa menerusi pindaan akta itu dan akan dibentangkan usai proses diperlukan.

“Jika ada urusan berkaitan penghinaan agama Islam oleh orang bukan Islam ia terletak di bawah bidang kuasa polis, pendakwaan dan mahkamah sivil.

“(Bagi orang Islam pula) Apa yang disebut oleh Dr Akmal Salleh itu boleh berlaku sekiranya Akta 1965 nanti kita pinda, kemudian barulah negeri-negeri boleh buat pindaan pada enakmen dan akta jenayah syariah masing-masing untuk meningkatkan bidang kuasa hukuman, termasuklah bagi pesalah-pesalah yang menghina agama Islam,“ katanya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata seramai 14,000 pelajar asnaf dan anak yatim di seluruh negara bakal menerima sumbangan bantuan persekolahan RM252.80 menerusi program Jom Ke Sekolah (JKS) 2024 Yayasan Taqwa-MAIWP berjumlah RM2.1 juta.

Beliau berkata sumbangan berupa beg sekolah, alat tulis dan wang tunai itu bertujuan memberi semangat, kelegaan dan keceriaan selain mengurangkan beban ibu bapa bagi menghadapi musim persekolahan ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings