the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar iktiraf peranan penjawat awam tingkat kejayaan negara

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf peranan penting yang dimainkan penjawat awam dalam usaha membantu meningkatkan prestasi dan menjamin kejayaan negara.

Beliau berkata kerajaan bersyukur kerana sejak kebelakangan ini negara banyak mendapat pengiktirafan dengan merekodkan kemajuan dari segi ekonomi dan pertumbuhan termasuk pengukuhan ringgit berbanding 14 tahun lalu.

“Kejayaan ini tentu kerana politiknya lebih stabil, kemudian dasar dan kerangka lebih jelas, tetapi satu elemen sangat penting untuk dijelaskan ialah kerana kita mempunyai budaya tradisi perkhidmatan awam yang banyak berusaha membantu meningkatkan prestasi, menjamin kejayaan (negara).

“Walaupun tidak banyak diuar-uarkan tetapi itu kenyataannya,“ katanya dalam perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Anwar berkata walaupun merekodkan banyak kejayaan namun penjawat awam perlu bersikap tawaduk dan sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan dan memperbaiki kelemahan untuk mencapai prestasi lebih baik.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada 2 Ogos lepas, ringgit dilihat mengekalkan aliran peningkatan untuk hari ke-10 berturut-turut mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan pada RM4.49 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika potensi negara maju itu menurunkan kadar faedah utama terus ketara.

Pada 6 petang Jumaat lepas, ringgit mengukuh ke paras 4.4945/4995 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5675/5710 pada Khamis.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings