the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar seru umat Islam kekal harmoni dengan masyarakat berbilang kaum dan agama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua umat Islam untuk terus mempertahankan jalinan hubungan baik sesama masyarakat berlainan kaum dan agama di negara ini.

Anwar berkata tanpa sikap hormat-menghormati, ihsan dan kasih sayang antara satu sama lain, negara tidak akan dapat menjamin kestabilan serta keamanan yang diharapkan.

“Bersempena Ramadan dan kedatangan Aidilfitri ini, marilah kita terus menekankan kepentingan mengangkat martabat insan, karamah insaniah sebagai makhluk yang luhur dan merdeka.

“Mudah-mudahan, Aidilfitri kali ini disambut dengan kesedaran sedemikian, mengangkat martabat kita sebagai manusia yang lebih berwibawa, berakhlak mulia dan menjalankan tugas dengan penuh amanah,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Aidilfitri 2025 Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen tempatan hari ini.

Anwar turut berkongsi mengenai Program Ihya’ Ramadan yang beliau berpeluang sertai di beberapa kementerian dan negeri, termasuk di Selising (Kelantan), Tawau (Sabah), Chukai (Terengganu) serta beberapa tempat lain.

“Keistimewaannya ialah menyaksikan sendiri di peringkat akar umbi, mendengar denyut nadi rakyat, keluhan serta usulan mereka, selain melihat keberkesanan kaedah pelaksanaan yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Perbandaran atau Kerajaan Tempatan.

“Kita terus menjana pertumbuhan ekonomi, tetapi saya tegaskan bahawa kekuatannya akhirnya terletak pada kejayaan kita mengangkat taraf kehidupan rakyat terbanyak,“ katanya.

Perdana Menteri turut melahirkan kesyukuran kerana dapat bersama-sama umat Islam menyempurnakan ibadah sepanjang Ramadan kali ini, yang diharapkannya dapat membentuk nilai baharu serta memberikan penegasan terhadap disiplin, integriti, selain meningkatkan kesihatan seluruh umat Islam.

“Alhamdulillah, kita telah sama-sama melalui bulan Ramadan al-Mubarak, menjalani latihan tarbiyyah Ramadan sebagai wahana perjalanan kerohanian untuk mendapat keredaan Allah SWT.

“Di samping itu, semoga kita terus lebih prihatin terhadap nasib jiran, kariah dan masyarakat sekeliling yang tersisih serta terbiar, termasuklah bencana malapetaka dan kezaliman yang berlaku di Gaza, Palestin,“ katanya.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Anwar turut menzahirkan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sambil menyatakan tekad untuk terus memimpin negara sebaiknya demi manfaat semua pihak.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini dalam satu siaran televisyen tempatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings