the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buru individu buat panggilan kecemasan palsu mengenai banjir – Ayob Khan

PASIR MAS: Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang membuat panggilan kecemasan palsu berkaitan banjir di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata daripada lebih 1,000 panggilan kecemasan yang diterima Ibu pejabat Polis Daerah Pasir Mas mengenai lokasi memerlukan bantuan, 114 didapati panggilan palsu.

Ayob Khan berkata ia merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan pihak berkuasa yang bergegas dan bertungkus-lumus untuk sampai lokasi, namun apabila tiba ia didapati palsu.

“Apabila kita menghantar pasukan menyelamat untuk tengok tempat itu, tiada sesiapa. Saya hendak bagi amaran kepada yang buat panggilan palsu, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Hukuman membuat panggilan palsu ini adalah denda RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Eloklah perbuatan ini dihentikan, kerana tidak membawa faedah dan menyusahkan orang,“ katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan mendengar taklimat banjir di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat di Pondok Polis Repek, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata polis akan memburu individu yang membuat panggilan palsu dan kertas siasatan akan dibuka agar ia menjadi pengajaran.

Beliau berkata panggilan palsu ini bukan sahaja berlaku di Kelantan, tetapi juga di negeri-negeri lain yang terjejas dengan kejadian banjir.

Sementara itu ketika mengulas kesiapsiagaan polis dalam menghadapi gelombang banjir seterusnya beliau berkata, pihaknya telah mengaktifkan Pasukan Tindakan Bencana (DRT), termasuk meletakkan aset-aset polis dalam keadaan bersiap sedia.

“Pasukan DRT kita memang telah bersiap sedia untuk gelombang kedua, dan markas DRT Zon Tenggara Briged 8 PGA (Pasukan Gerakan Am) kekal aktif termasuk PKTK yang mengatur gerak pasukan penyelamat di Pasir Mas.

Ayob Khan berkata 12 kematian direkodkan di beberapa negeri yang terjejas banjir pada gelombang pertama baru-baru ini, dengan lima daripadanya di Kelantan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings