Friday, November 7, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis Kelantan sasar tahan 60 penagih dadah sehari dalam Operasi Jihad Dadah

The Sun Berita

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyasarkan untuk menahan sekurang-kurangnya 60 penagih dadah setiap hari melalui operasi “Jihad Dadah” dalam usaha menurunkan kadar jenayah harta benda di negeri itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata golongan penagih dikenal pasti sebagai penyumbang utama jenayah harta benda, khususnya kes mencuri dan memecah masuk rumah.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri untuk melaksanakan operasi tangkapan secara berterusan.

Mohd Yusoff menjelaskan bahawa dadah sememangnya berkait rapat dengan jenayah, terutama jenayah harta benda di mana-mana sahaja.

“Apabila kita terus melaksanakan Jihad Dadah, maka kadar jenayah ini dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau menekankan bahawa golongan penagih sudah dikenal pasti melakukan kebanyakan jenayah harta benda, berbeza dengan jenayah kekerasan yang lebih sukar dicegah.

Mohd Yusoff berkata indeks jenayah harta benda mencatatkan penurunan 26.6% berbanding tahun lepas, namun polis tidak boleh berpuas hati.

Polis akan terus melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan untuk memerangi jenayah dadah.

Beliau berucap pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi bulan September. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Adidas reveals largest ever collection ahead of WC 2026

adidas has unveiled the official 2026 FIFA World Cup™ home kits for 22 partner federations, including Argentina, Germany, Italy, Japan, Spain, and more. Each design blends national heritage with modern aesthetics, featuring colours and patterns inspired by iconic kits, architecture, and landscapes. According to adidas, the collection “aims to bridge the gap between every generation of fan,” celebrating a liberated style of play and national pride.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img