GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan seorang saksi penting bagi membantu siasatan berhubung satu kes dadah melibatkan tangkapan dan siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki itu dikenali sebagai Chong Sze Hou, 33, dengan alamat terakhir di Blok 9-15-16 Tingkat Paya Terubong 2, Taman Terubong Jaya di Air Itam di sini.
“Kepada individu tersebut atau orang ramai yang mempunyai maklumat di mana saksi itu berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Insp Mohd Adi Uzairi Mohd Basri di talian 018-270473 bagi menyalurkan maklumat.