• 2025-08-21 01:11 PM

IPOH: Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak 3 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata M. Jeyasillan yang beralamat di Pangsapuri Seri Kepayang di Jalan Ghazali Jawi di sini memiliki fizikal badan yang kurus.

Beliau berkata remaja lelaki itu dipercayai keluar ke rumah rakannya pada hari berkenaan namun tidak dapat dihubungi hingga kini.

“Mana-mana pihak yang menemui atau mempunyai apa-apa maklumat mengenai remaja tersebut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 019-7312477 atau Balai Polis Sungai Senam di talian 05-5481637 atau mana-mana balai polis berhampiran,“ katanya dalam kenyataan hari ini - BERNAMA