• 2025-09-08 07:50 PM

NIBONG TEBAL: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Jay January Siowou berkata S Subahshini berumur 35 tahun dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di sini sejak tarikh itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai S Subahshini diminta menyalurkan maklumat kepada Ketua Polis Balai Nibong Tebal melalui talian 013-4416000.

Maklumat juga boleh disalurkan terus ke mana-mana balai polis berdekatan. – Bernama