the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis mohon bantuan orang ramai kesan Tamillarsy

KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 21 Ogos lepas di Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan V.Tamillarsy, 32, pada 22 Ogos daripada abang wanita itu.

Beliau berkata Tamillarsy yang sudah berkahwin dilihat kali terakhir di Kampung Sungai Cherpai, Karak.

“Tamillarsy berkulit hitam manis, mempunyai ketinggian kira-kira 165 sentimeter dan berbadan sederhana.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitannya diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2231 999,” katanya dalam kenyataan hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings