the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rakam keterangan 14 saksi siasat kes kematian wanita di Kuantan

KUANTAN: Polis telah merakam keterangan 14 individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita berusia 37 tahun, 20 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata saksi yang terlibat dalam memberi keterangan termasuk doktor yang menjalankan bedah siasat mayat wanita itu di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.

Justeru, beliau berkata beberapa artikel tular menerusi media sosial yang mengatakan kes kematian wanita itu tidak disiasat adalah tidak tepat.

“Pihak polis menafikan dakwaan itu kerana siasatan lanjut berkaitan kematian mengejut masih dijalankan. Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan masih meneruskan siasatan dan sehingga kini sebanyak 14 saksi telah direkodkan keterangan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini kes kematian wanita berkenaan telah diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), namun media melaporkan keluarga wanita itu mendakwa terdapat kesan kecederaan pada tubuh si mati dan meminta polis menjalankan siasatan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings