the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024

SIK: Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Khaw Kok Chin.

Beliau berkata rampasan tertinggi membabitkan dadah jenis Methamphetamine iaitu sebanyak 39,397 kilogram (kg).

“Rampasan lain ialah ganja sebanyak 3,203 kg, ekstasi (2,513 kg), ketamin (946 kg), pil yaba (786 kg), pil erimin 5 (758 kg), heroin (596 kg), kokain (89 kg) dan lain-lain (301 kg). Rampasan ketum pula sebanyak 53,879 kg.

“Bagi tempoh sama, sebanyak 219 sindiket berjaya ditumpaskan melibatkan 675 tangkapan individu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Sik di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh.

Khaw berkata sebanyak 12 makmal dadah haram berjaya dibongkar dalam tempoh sama yang membawa kepada penahanan 47 individu termasuk empat ahli kimia.

“Keseluruhan individu ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan dadah termasuk membekal dan memiliki adalah 248,885 dengan 719 daripadanya adalah penjawat awam.

“Bagi pertuduhan di mahkamah, kadar pertuduhan yang direkodkan adalah sebanyak 93.58 peratus, manakala nilai harta disita sebanyak RM98.1 juta selain RM11.5 juta adalah nilai harta dilucut hak akibat kesalahan dadah,” katanya.

Beliau berkata Malaysia masih menjadi lokasi transit untuk dadah dihantar ke negara ketiga menggunakan kontena di pelabuhan disebabkan permintaan yang tinggi.

“Sebagai contoh, jika dadah jenis syabu bernilai antara RM33,000 ke RM35,000 untuk sekilogram di negara kita, ia boleh mencecah RM450,000 di negara lain. Jadi dengan jumlah itu, tidak mustahil negara kita akan terus menjadi lokasi transit bahan ini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Vinhomes Utilizes Vietnam’s Largest Land Bank to Expand Integrated Urban Developments

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Vinhomes (ticker: VHM), Vietnam's leading listed real estate developer, is transforming its extensive land bank, exceeding 295 million square meters as of December 31, 2025, into a pipeline of integrated urban developments that combine residential, commercial, public infrastructure and environmental stewardship within unified masterplans.

LOCUS-T Wins Four Honours at A+M Agency of the Year Awards 2026

PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 – LOCUS-T, a leading Malaysian digital marketing agency, has been recognized with four honours at the Advertising + Marketing (A+M) Agency of the Year Awards 2026, reaffirming its position as a trusted digital growth partner for businesses across Malaysia.

Taoyuan Welcomes the World: Taiwan’s Gateway Invites Global Travelers

TAOYUAN, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Visitors strolling through the bustling streets of major Asian hubs-Tokyo, Busan, Hong Kong, Singapore, and Kuala Lumpur-may have recently spotted a familiar face.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings