the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat dakwaan penyanyi rap wanita dirakam tidak berbaju

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang penyanyi rap wanita tempatan dirakam secara rahsia ketika serbuan oleh Bahagian Operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya telah menerima dua laporan mengenai kejadian itu, masing-masing oleh MBSJ berkaitan serbuan yang ditularkan di media sosial oleh penyanyi tersebut dan laporan oleh penyanyi terbabit mendakwa dirakam ketika dirinya tidak berpakaian semasa diurut.

Beliau berkata semasa serbuan dilakukan, pengadu (MBSJ) telah mengarahkan anggota serbuan untuk merakam video dan mengambil gambar untuk membuktikan aktiviti yang berkaitan urutan selain daripada pemeriksaan perniagaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan sah MBSJ dan menyalahi undang-undang di bawah Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Wan Azlan berkata polis juga menjalankan siasatan kes menghalang penjawat awam berhubung seorang wanita tempatan tidak mengemukakan kad pengenalan diri kepada pasukan serbuan, selain mempertikaikan tindakan dokumentasi yang dijalankan.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit turut melakukan provokasi dan merakam tugas pihak serbuan menggunakan telefon bimbit miliknya. Pengadu kemudian bersama suspek turut membuat pemeriksaan telefon bimbit anggota yang didakwa merakam video sebelum mendapati tiada gambar video atau gambar wanita itu yang dirakam,“ katanya.

Beliau berkata pengadu turut menjelaskan telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang kepada wanita berkenaan.

Wan Azlan berkata polis juga sedang menyiasat laporan wanita itu berhubung rakaman rahsia yang didakwa, bersama-sama dengan laporan daripada MBSJ

Beliau berkata siasatan akan dijalankan terhadap laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak di bawah Seksyen 186/509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalankan kerja-kerja jawatannya, mengaibkan kehormatan pelanggan serta penularan video penugasan operasi yang dijalankan pihak MBSJ.

Baru-baru ini tular satu video dimuat naik di media sosial oleh seorang penyanyi rap tempatan mendakwa beliau telah dirakam oleh seorang pegawai MBSJ secara rahsia ketika tidak berpakaian semasa menjalani perkhidmatan urutan di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings