the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan 28 individu terlibat parti liar, semua positif dadah

KUANTAN: Polis menahan 12 lelaki tempatan dan 16 wanita warga asing selepas menyerbu satu parti liar di sebuah inap desa di Bentong, semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata bertindak atas maklumat orang awam sepasukan polis menyerbu inap desa berkenaan pada pukul 12.05 tengah malam dan menahan semua suspek yang berumur 19 hingga 44 tahun.

Beliau berkata hasil saringan awal air kencing mendapati semua lelaki berkenaan yang kebanyakan merupakan pekerja kebun durian, serta semua suspek wanita yang terdiri daripada warga Laos dan Thailand, positif dadah.

“Siasatan awal turut mendapati inap desa itu disewa dengan bayaran RM4,000 sehari,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Yahaya berkata semua suspek dihadapkan di Mahkamah Majistret Bentong hari ini, mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings