the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan 447 individu dalam Ops Hawk tiga hari di Pahang

KUANTAN: Polis menahan 447 individu termasuk 27 warga asing atas pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Hawk selama tiga hari di Pahang berakhir semalam, kata Ketua Polis Negeri Datuk Seri Yahaya Othman.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur 18 hingga 60 tahun itu ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri.

“Sebanyak 240 serbuan dengan 525 pemeriksaan dijalankan dalam operasi itu dan daripada 447 yang ditahan, 61 membabitkan kesalahan bekalan dadah, 113 memiliki dan 273 lagi berkaitan ujian saringan urin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JSJN negeri turut memberkas tiga individu di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Yahaya berkata operasi turut menyaksikan dua buah kereta dan enam motosikal bernilai RM67,953, disita selain syabu 202.54 gram (g), heroin 146.05g, ganja 4.64g, pil yaba 48.14g, daun ketum 40.5 kilogram dan air ketum 90.2 liter dengan anggaran keseluruhan RM40,440, dirampas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings