the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lapan individu berjudi dalam apartment

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan individu termasuk dua wanita ketika sedang bermain judi ‘poker’ dalam serbuan di sebuah apartmen studio di Subang Jaya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata semua yang ditahan ialah warga tempatan berumur lingkungan 20 hingga 27 tahun.

Beliau berkata empat daripada mereka ialah penuntut universiti swasta, manakala yang lain bekerja sebagai jurujual.

“Polis merampas wang tunai berjumlah RM1,700, cip dan meja poker dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman hasil maklumat dan risikan,” katanya ketika dihubungi.

Hussein berkata semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dan permohonan reman terhadap mereka akan dibuat esok, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings