the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lelaki disyaki penjaga rumah penampungan dan 12 warga asing

JOHOR BAHRU: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang disyaki berperanan sebagai penjaga rumah penampungan bersama 12 migran di sebuah rumah di Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata suspek yang berusia 39 tahun ditahan bersama 10 lelaki dan dua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun dalam serbuan pada 1.30 pagi.

“Hasil soal siasat mendapati lelaki tempatan berkenaan disyaki menyediakan tempat sebagai transit untuk migran sebelum pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak diwartakan dengan bayaran antara RM2,800 hingga RM3,000 bagi setiap migran kepada tekong,“ menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata suspek dan kesemua warga asing akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Penyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Hussin turut memberi amaran keras dan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings