KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki, termasuk seorang warga asing, disyaki terlibat dalam penyeludupan rokok dan minuman keras tanpa kastam di Kuching, Sarawak.
Pengarah JKDNKA Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata kesemua suspek berusia 19 hingga 30 tahun ditahan dalam Operasi Taring 1 dan 2.
Rampasan melibatkan 31,740 liter minuman keras, 280,000 batang rokok putih, 6,000 batang rokok kretek dan tiga lori pelbagai jenama.
Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM4,028,022.22.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Kesalahan boleh dikenakan denda 20 kali nilai barang, maksimum RM500,000, penjara lima tahun atau kedua-duanya.
Operasi dikendalikan oleh WCB/PSK Bukit Aman bersama PGA Briged Sarawak.
Sejak 1 Januari, 153 serbuan telah dilakukan dengan 233 individu ditahan.
Rampasan sepanjang tempoh itu bernilai RM433.3 juta.
Kes melibatkan penyeludupan, penjualan senjata tiruan, barangan subsidi, hidupan liar dan sisa elektronik.