the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan pemandu treler bantu siasatan kemalangan maut

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Tengah pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata lelaki berusia 51 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saringan awal ujian air kencing dan alkohol mendapati lelaki itu negatif dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat di Majistret Mahkamah Bukit Mertajam, di sini esok.

“Pihak polis memohon saksi yang melihat kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat dan keterangan bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Shahid Othman di talian 017-2670543 atau mana-mana balai polis berdekatan,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah di sini.

Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah merupakan pemandu Honda Jazz.

Helmi berkata kemalangan pada 9.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika lima kereta dan sebuah lori dari Jalan Kebun Sirih sedang berhenti di lampu isyarat simpang tiga Jalan Bukit Tengah sebelum sebuah treler kontena dari Jalan Bukit Tengah tiba-tiba membelok ke kiri.

Beliau berkata treler itu memasuki Jalan Kebun Sireh sebelum hilang kawalan dan muatan kontena yang dibawa kenderaan tersebut terjatuh lalu menghempap Perodua Bezza dan Honda Jazz berkenaan.

“Akibat dihempap oleh muatan kontena itu, dua buah kereta tersebut telah bergerak ke belakang dan berlanggar dengan tiga kereta lain serta sebuah lori,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings