the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan warga asing, rampas kokain bernilai RM430,000

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dadah jenis kokain seberat 2,270 gram bernilai RM430,000 di tempat letak kenderaan sebuah pangsapuri di Bandar Baru Putra Nilai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan menerusi operasi khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman pada 4.30 petang.

“Dalam operasi berkenaan, polis terserempak dengan sebuah kereta Perodua Bezza dinaiki dua lelaki warga asing dalam keadaan yang mencurigakan di tempat letak kenderaan pangsapuri terbabit.

“Menyedari kehadiran polis, seorang daripadanya bertindak agresif dan melarikan diri manakala seorang lagi berjaya ditahan. Ketika tangkapan, polis melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan di dalam kereta itu menemukan bungkusan coklat mengandungi dadah jenis kokain terbabit dan polis turut menyita kenderaan berkenaan dengan keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM455,000.

Abdul Malik berkata suspek yang ditahan kemudian direman selama tujuh hari hingga 10 Sept ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerusi talian 06-7904222.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings