the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tembak mati tiga lelaki disyaki samun, curi kenderaan

RAWANG: Polis menembak mati tiga lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Emerald di sini tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, polis cuba menahan ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Vios di kawasan itu, namun mereka meloloskan diri dan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Polis telah mengejar kereta suspek sejauh kira-kira 750 meter dari lokasi mereka ditahan sebelum kesemua suspek ditembak mati,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata dua daripada suspek ialah warga tempatan berumur 40 dan 43 tahun manakala identiti seorang lagi lelaki belum dapat dikenal pasti kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

Mohd Shuhaily berkata suspek dipercayai terlibat dalam 17 kes kecurian bagi tempoh 18 hari tahun ini di Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Pulau Pinang dengan kebanyakannya membabitkan kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata modus operandi suspek ialah menggunakan kenderaan yang disewa sebelum menukar nombor pendaftaran kenderaan terbabit dengan nombor palsu.

“Hari ini mereka didapati telah menyewa sebuah kenderaan dan telah menukar nombor pendaftarannya. Kita percaya mereka dalam usaha untuk melakukan satu lagi jenayah hari ini,“ katanya.

Menurut Mohd Shuhaily, polis turut menemukan antaranya dua pucuk pistol, dua bilah parang, satu unit nyahaktif penggera keselamatan kenderaan, lima set nombor pendaftaran kenderaan dipercayai palsu dan satu peket dadah dipercayai syabu di dalam kenderaan terbabit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Farm Price eyes Main Market move after meeting profit, financial criteria

“Farm Price Holdings Bhd has proposed to transfer its listing from Bursa Malaysia’s ACE Market to the Main Market, saying the move reflects the group’s progress, operating discipline and readiness for its next phase of growth. Managing director Dr Lawrence Tiong Lee Chian said the transfer is expected to enhance credibility, broaden investor recognition and reinforce confidence in its long-term prospects.
spot_img

Popular Categories