the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Prabowo janji tidak terap kepimpinan ala tentera

JAKARTA: Presiden terpilih Indonesia, Prabowo Subianto berjanji tidak akan menggunakan pendekatan gaya tentera dalam kepimpinannya kelak, dengan menyatakan ia tidak lagi relevan.

“Saya akan menjadi diri saya sendiri dengan ikhlas,” kata Prabowo dipetik portal berita tempatan MetroTVNews ketika menjawab soalan moderator dalam sesi pleno di Forum Ekonomi Qatar di Doha baru-baru ini.

Prabowo, yang merupakan bekas komander pasukan khas tentera dan kini Menteri Pertahanan, berkata beliau telah meninggalkan dunia ketenteraan lebih 25 tahun lepas.

Sebagai seorang pemimpin, beliau berikrar untuk menjunjung prinsip, nilai dan aspirasi seorang patriot dengan berusaha untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Rakyat saya mesti selamat, bebas daripada kelaparan dan berhak mendapat kehidupan yang lebih baik,” tegas Prabowo.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum republik itu pada 20 Mac mengumumkan Prabowo dan Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi pemilihan presiden dan naib presiden penggal 2024-2029.

Prabowo bakal menggantikan Presiden Joko Widodo yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings