the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Prabowo tiba untuk lawatan khas ke Malaysia

SUBANG: Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto tiba di sini malam ini bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia esok.

Pesawat khas yang membawa Prabawo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara di sini pada 10.15 malam.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya dan menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan di Kuala Lumpur.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings