the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Premier Sarawak saran ACCCIS jalin kerjasama percepat transformasi Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyeru Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) supaya menjalinkan kerjasama lebih erat dengan kerajaan negeri untuk membantu mempercepat pertumbuhan ekonomi Sarawak.

Beliau berkata peluang sentiasa terbuka untuk ACCCIS bekerjasama dengan pelabur, dan kerajaan negeri bersedia memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif mereka.

Bercakap pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-60 ACCCIS pada Sabtu, Abang Johari berkata dasar ekonomi negeri pada masa ini memberi tumpuan kepada kekuatan dalam tenaga mampan, yang bukan sahaja untuk tujuan eksport tetapi turut menjadi tarikan utama kepada para pemain industri.

“Jika mereka ingin menghasilkan sesuatu produk dan memerlukan tenaga, pelabur akan datang ke sini sekiranya kita menawarkan tenaga mampan pada harga yang berdaya saing. Kini, peluang itu sedang menanti kita. Jadi, saya berharap ACCCIS dapat bekerjasama dengan kita,“ katanya.

Beliau turut memuji ACCCIS atas sumbangan besar selama enam dekad dalam pembangunan ekonomi Sarawak, serta mengiktiraf kerjasama berterusan mereka dengan pentadbiran negeri sejak 1965.

“Sudah semestinya komuniti perniagaan terdiri daripada golongan yang cekal dan sentiasa berpandangan jauh dalam usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi seiring peredaran masa,“ katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Presiden ACCCIS Kong Chiong Ung.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings