the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Nenggiri: Amanah atur gerak kerja bersama komponen PH

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

GUA MUSANG: Parti Amanah Negara (Amanah) giat mengatur gerak kerja bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya akan terlibat membantu calon dan jentera BN.

“Kita perlu bekerja keras sebagai satu pasukan dalam menentukan PRK DUN Nenggiri pada Ogos ini. Hari ini kita baru melancarkan jentera dan usaha ini akan dipertingkat dari hari ke hari sehingga memenangkan calon,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PH DUN Nenggiri di sini hari ini.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img