the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PTPTN jangka pemberian dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjangkakan pemberian dividen Skim Simpanan SSPN (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding 2022.

Pengerusinya Datuk Norliza Abdul Rahim berkata jangkaan itu berdasarkan kepada peningkatan pelaburan dan trend prestasi deposit Simpan SSPN yang membanggakan setiap tahun.

“Simpan SSPN sentiasa menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat lain kepada pendeposit seperti dividen yang kompetitif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, beliau juga menyeru orang ramai untuk segera membuat simpanan di Simpan SSPN sebelum 31 Dis ini bagi membolehkan mereka mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan terhadap simpanan hingga RM8,000 bagi tahun taksiran 2023 serta pelbagai manfaat lain.

Beliau berkata ia merupakan insentif istimewa kepada pendeposit Simpan SSPN berbanding produk simpanan lain yang ada di pasaran dan mereka disarankan membuat pembukaan akaun atau penambahan simpanan melalui aplikasi myPTPTN bagi urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat.

“Pendeposit juga boleh melayari portal rasmi PTPTN menerusi www.ptptn.gov.my untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai keistimewaan dan manfaat produk Simpan SSPN,” katanya.

Norliza berkata antara keistimewaan Simpan SSPN termasuk perlindungan takaful percuma secara Ringgit ke Ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada mereka.

Beliau berkata walaupun menyedari nilai manfaat itu tidak dapat menggantikan kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa, simpanan di dalam Simpan SSPN dan nilai manfaat yang diterima berkenaan dapat menampung kos pendidikan anak-anak yang ditinggalkan.

“Simpan SSPN Prime juga menawarkan Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak iaitu ibu bapa yang mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000,” katanya.

Geran Sepadan merupakan insentif kewangan yang ditawarkan bagi penerima manfaat iaitu anak-anak yang diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh kerajaan.

Selain itu, katanya sebagai tanda penghargaan dan menggalakkan lagi amalan menabung, PTPTN turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM500,000 menanti 138 pemenang.

Tempoh promosi kempen bermula pada 1 Jan 2023 dan akan berakhir pada 31 Dis 2023, katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings