the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pusat Satelit Ekspatriat diperluas ke KLIA Terminal 2

SEPANG: Susulan kejayaan Pusat Satelit Ekspatriat (ESC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, kini ia diperluas ke KLIA Terminal 2 bertujuan meningkatkan daya tarikan Malaysia kepada pelabur dan menarik bakat berkemahiran tinggi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ESC di KLIA Terminal 2 telah mula beroperasi sepenuhnya 24 jam sehari, sejak 4 Jun lepas dengan empat pegawai ditempatkan bagi penugasan secara bergilir-gilir.

“Malaysia telah merekodkan peningkatan bilangan ekspatriat dan ini menunjukkan Malaysia menjadi destinasi pilihan bagi syarikat multinasional dan pelabur, dan ia juga memberi kesan positif kepada ekonomi negara selain menjana peluang pekerjaan.

“Sehingga 21 Julai lepas, ESC KLIA Terminal 2 telah mengeluarkan sebanyak 72 pas dan saya yakin pembukaan ESC ini membuktikan kesungguhan dan komitmen Jabatan Imigresen (JIM) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) dalam memudah cara urusan imigresen yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan ESC di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

ESC di KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2 berfungsi untuk memudahkan pengeluaran pas dalam kadar segera selepas ketibaan ekspatriat termasuk Pas Pekerjaan (EP), Pas Lawatan Ikhtisas (PVP), Pas Tanggungan (DP) serta Pas Residen-Talent (RP-T) dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLS).

Dengan proses perkhidmatan imigresen yang dipertingkatkan melalui ESC, pengeluaran pas oleh pihak JIM untuk ekspatriat yang diluluskan akan dikeluarkan pada hari yang sama semasa ketibaan mereka di KLIA Terminal 2, dan membolehkan ekspatriat untuk tinggal dan bekerja di Malaysia (pada hari yang sama).

Menurut Saifuddin Nasution, bilangan ekspatriat tertinggi adalah dari India, negara Eropah dan China manakala sektor pekerjaan mereka adalah dalam bidang pendidikan, pembuatan, kejuruteraan serta minyak dan gas.

Untuk rekod, sejak November 2021 sehingga 21 Julai lepas, sebanyak 22,462 pas imigresen telah dikeluarkan (termasuk ESC KLIA Terminal 2) dengan purata 714 pas disahkan dalam tempoh sebulan.

Bagi 2023 sahaja, sebanyak 10,703 pas telah dikeluarkan di ESC KLIA Terminal 1 berbanding 5,000 pas pada 2022.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings